Ten Hag hukum Ronaldo

Manchester United’s Portuguese striker Cristiano Ronaldo reacts during the UEFA Europa League group E football match between Cyprus’ Omonia Nicosia and England’s Manchester United at GSP stadium in the capital Nicosia on October 6, 2022. (Photo by AFP) (Photo by -/AFP via Getty Images)

LONDON: Masa depan Ronaldo di Manchester United terus diperkatakan selepas dia digugurkan daripada skuad untuk pertembungan dengan Chelsea esok.

Ia susulan tindakannya kembali ke bilik persalinan sebelum tamat perlawanan menentang Tottenham Hotspurs, di mana Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan dalam kemenangan 2-0 itu.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu dikatakan memberitahu pengendali Erik ten Hag, yang dia tidak mahu masuk sebagai pemain gantian di hujung perlawanan.

Pengguguran Ronaldo untuk perlawanan Chelsea antara hukuman Ten Hag ke atas pemain itu selepas dia berjanji untuk menangani bintangnya itu.



Ia bukan kali pertama Ronaldo menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap peranannya dalam skuad bimbingan Ten Hag, dan pengendali dari Belanda itu akhirnya menunjukkan ketegasannya.

“Cristiano Ronaldo tidak akan berada dalam skuad Manchester United untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea Sabtu ini.

“Pemain-pemain lain fokus sepenuhnya untuk persiapan menghadapi perlawanan itu,” kata United dalam satu kenyataan.

Susulan hukumannya itu, Ronaldo menyatakan kekesalan di atas tindakannya ketika aksi bertemu Tottenham dan mengakui ia angkara tekanan dirasainya ketika itu.



“Saya bermula ketika sangat muda, pemain lebih berusia dan berpengalaman sangat penting buat saya.

“Justeru, saya sentiasa cuba untuk memberikan contoh terbaik kepada pemain-pemain muda dalam pasukan yang saya wakili.

“Malangnya ia tidak sentiasa mampu dilakukan dan ada ketika kita akan merasa tertekan.

“Buat masa sekarang, saya hanya mahu terus bekerja keras di Carrington, membantu rakan sepasukan dan bersedia untuk apa saja dalam setiap perlawanan.



“Tunduk kepada tekanan bukan satu pilihan. Ini adalah Manchester United, dan kami mesti terus bersatu. Kami akan bersama semula,” kata Ronaldo di laman Instagram.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button