‘Mat Sabu’ bertukar angin ke Port Dickson

Cari undi penyokong PH

Oleh – Editor


'Mat Sabu' dijangka bertukar angin ke Port Dickson

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ dijangka bertukar angin ke Port Dickson untuk PRU15 ini.



Walaupun masih belum dipastikan, namun khabar angin sudah mulai kedengaran di kalangan pengundi Port Dickson.

Beliau merupakan penyandang Parlimen P111 Kota Raja, dikatakan akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Anwar Ibrahim yang telah memilih Tambun sebagai kawasan baru.

'Mat Sabu' dijangka bertukar angin ke Port Dickson

Walaupun Mat Sabu menang besar di Kota Raja, khidmat beliau tidak cemerlang dan hanya bergantung kepada populariti berceramah sahaja. Pernah menjawat jawatan Menteri Pertahanan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14, Mat Sabu dikatakan sangat sukar ditemui di kawasan sendiri.



Menang di Kota Raja dengan majoriti sebanyak 71,142 undi, Mat Sabu tidak akan mampu mempertahankan angka tersebut di Parlimen sama kali ini.

'Mat Sabu' bertukar angin ke Port Dickson

Bagi memastikan semua Presiden Pakatan Harapan menang dalam PRU15, pemindahan kawasan bertanding perlu dilakukan. Oleh demikian, Post Dickson merupakan kawasan yang mampu memberi kemenangan buat Mat Sabu.

Walaupun bakal berdepan tentangan dari lawan semasa PRU15, Mat Sabu dijangkakan akan menerima sokongan penuh dari Kem Tentera di Port Dickson.



Parlimen Kota Raja mencatatkan jumlah pengundi yang agak besar. Carian pengundi Kota Raja 2022 menyaksikan pertambahan sehingga 95,786 pengundi berbanding 2018. Jumlah pengundi berdaftar Kota Raja pada 2022 ialah 244,807 orang.

Pecahan mengikut Kaum di Kota Raja pula, Melayu 39.92%, Cina 29.68%, India 27.22% dan lain-lain 3.18%.

Berdasarkan carian, jumlah pengundi di Port Dickson dicatatkan seramai 104,475 orang. Pecahan mengikut kaum pula, Melayu 44.13%, Cina 31.43%, India 21.08% manakala lain-lain 3.36%.



Seperti semua maklum, Negeri Sembilan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ini merupakan peluang terbaik Mat Sabu membuktikan kemampuan beliau kepada pengundi Cina di Port Dickson.

5 DUN di bawah Parlimen P132 Port Dickson akan menyajikan kelainan kerana tumpuan undian hanya melibatkan Parlimen sahaja.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button