TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN, KRISIS BESAR MELANDA BERSATU

Ahli Parlimen Sri Gading Letak Jawatan Timbalan Menteri, Dakwa Khilaf Beri Sokongan Kepada Kerajaan

Adakah Tan Sri Muhyiddin akan melakukan tindakan luarbiasa bagi menyerap hentaman kehilangan sokongan dari Ahli Parlimen BERSATU? Dengan pengumuman Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, majoriti kerajaan dikatakan merosot namun pihak Pakatan Harapan masih belum mampu membuktikan sebarang angka sokongan kepada mereka.

Polemik angka yang dimainkan PH masih diragukan kerana Anwar secara terbuka telah menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini. Dipercayai sokongan yang dibuat Anwar merupakan langkah awal bagi menyekat Tun Mahathir dari mempengaruhi sokongan kepada beliau supaya dilantik menjadi PM buat kali ke-3. Bagaimanapun sehingga sekarang masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan secara rasmi oleh Pakatan Harapan.

Berikut adalah kenyataan daripada Datuk Dr Shahruddin Md Salleh



KENYATAAN AKHBAR

PELETAKAN JAWATAN

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA


1. Hari ini; Khamis 04 Jun 2020,

2. Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini,

3. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,

4. Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,


5. Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,

6. Sekian pernyataan yang saya ingin maklumkan terutama kepada pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149.



Sekian, terima kasih.

Shahruddin Salleh
Parlimen Sri Gading P149

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker