CEREKA FIKSYEN KADIR JASIN HANYA UNTUK JATUHKAN PRESIDEN BERSATU

BERSATU LUBUK PROPAGANDA MAHATHIR,BILA MUHYIDDIN MAHU USIR ‘TROJAN’?

Hanya kerana sekeping foto, seorang ahli Majlis Tertinggi BERSATU membuat kesimpulan yang akan menyebabkan Presiden BERSATU hilang sokongan ahlinya sendiri. Datuk A Kadir Jasin mengulas mengenai pertemuan Dato Seri Zahid Hamidi dengan Dato Sri Najib Razak dengan mewujudkan cereka propagandanya.

Mendakwa pertemuan 2 pemimpin Umno dan gerak tubuh sebagai Bahasa rahsia (cryptic) maksud tersembunyi, Kadir menyenaraikan 8 perkara sebagai bahan telaah beliau. Tidak mengejutkan tafsiran Kadir menjurus kepada kesalahan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai terlalu tunduk kepada Umno. Bagaimana seorang yang berpendidikan agak baik seperti Kadir Jasin boleh menulis sesuatu yang menjatuhkan reputasi Presiden BERSATU sendiri di khalayak penyokongnya?

Tidak menghairankan cara Kadir banyak dipengaruhi pemikiran Tun Mahathir lantaran persamaan taktikal yang digunakan. Bagaimana Mahathir memanipulasi populariti beliau untuk kepentingan sendiri dan menggunapakai taktikal melemahkan kedudukan seseorang dalam parti hingga akhirnya hilang sokongan. Sebagai rujukan, Mahathir sendiri menafikan beliau juga terlibat semasa persetujuan untuk BERSATU keluar dari gabungan Pakatan Harapan walau ada AUDIO MENGESAHKAN kehadiran dan persetujuannya ketika itu, sebaliknya mengalihkan kesalahan kepada Muhyiddin kononnya melanggar perjanjian tempoh seminggu yang dia minta.

Berapa Harga Jam Tangan Kadir Jasin?

Secara tidak langsung Mahathir berjaya mewujudkan syak penyokong BERSATU bahawa Muhyiddin sememangnya telah bersedia bekerjasama dengan Umno berserta yang lain untuk menubuhkan kerajaan sekaligus menumbangkan Pakatan Harapan. Pengalihan inilah yang diterapkan Kadir dalam mengulas foto pertemuan Zahid dan Najib apabila beliau cuba melontarkan kelemahan Muhyiddin secara rawak dengan mengaitkan pemberian jawatan serta kedudukan kepada ahli parlimen Umno untuk beroleh sokongan.

Skrip fiksyen olahan Kadir Jasin diharapkan akan diterima sebahagian besar BERSATU dan memulakan proses menumbangkan Muhyiddin dan mengembalikan penguasaan Mahathir. Bagaimanapun Kadir mungkin terlupa bukan sahaja Mahathir telah dihentikan keahlian malah 4 orang lagi turut senasib apabila SUK BERSATU bertindak mengikut perlembagaan parti selepas mereka beralih kedudukan kerusi semasa sidang parlimen diadakan.

Dalam pada itu Kadir cuba mengheret Muafakat Nasional sebagai penghalang kepada kerjasama parti politik dalam kerajaan hari ini. Mengapa Muafakat Nasional yang dibimbangkan Kadir jika kewujudan entiti kerjasama Umno-Pas tidak memberi kesan terhadap Pakatan Harapan? Ini strategi politik yang diterapkan Mahathir kepada penyokong PH sejak Piagam MN dimeterai Umno-Pas sebagai tanda kerjasama 2 parti terbesar Melayu. Momokan MN akan mempengaruhi arah tuju BERSATU ternyata Kadir mencipta persepsi Muhyiddin sudah hilang intergriti sebagai Presiden parti.

Serangan Saraf Politik terhadap kepimpinan Muhyiddin telah dijangkakan apabila Mahathir enggan menerima hakikat beliau bukan lagi Perdana Menteri. Sudah sampai masanya BERSATU kembali fokus kepada penstrukturan semula kerajaan bersama gabungan lain dan membersihkan BERSATU daripada pemesongan pemikiran kepentingan politik seperti Kadir Jasin. Adakah mereka mahu membiarkan serangan demi serangan ditujukan kepada Muhyidddin hingga apa yang dihasratkan Mahathir tercapai atau mahu fokus kepada rakyat?

Penulisan Kadir juga mengesahkan BERSATU kini sudah berpecah kepada 2 pihak – kem feksyen Muhyiddin dan kem Mahathir yang masih berpaksikan Pakatan Harapan. Beliau juga memberi gambaran pertembungan BERSATU dengan MN akan mengakibatkan kekalahan teruk tanpa sokongan Pakatan Harapan sekaligus meruntuhkan institusi parti itu sendiri. Secara tidak langsung acuan pemikiran Mahathir diselangkan dalam penulisan Kadir untuk menakutkan penyokong BERSATU dan akan mendesak agar Muhyiddin kembali bersama Pakatan Harapan sebagaimana dimahukan Mahathir.

Sebagai sebuah parti baru, BERSATU agak rapuh dengan hanya 13 kerusi dimenangi total sebelum menerima kemasukan sokongan ahli parlimen lain. Ini antara elemen yang cuba digambarkan Kadir sebagai kelemahan Muhyiddin yang mengharapkan sokongan gabungan dinamakan Perikatan Nasional untuk terus menyokongnya sehingga tempoh PRU15. Mampukah ‘Trojan Mahathir’ ini mempengaruhi BERSATU untuk menolak Muhyiddin?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker