Gempa bumi kuat landa kepulauan Ryukyu, Jepun


Sumber: European-Mediterranean Seismological Centre

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 11.51 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 28.6 darjah utara dan 128.5 darjah timur dengan kedalaman 213 kilometer (km) kira-kira 279 km utara dari Naha, Jepun.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: