Polis tahan lelaki mabuk selepas kemalangan


PORT DICKSON, 14 Jun — Polis menahan seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol selepas dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya, berhampiran lampu isyarat Dataran Segar di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada pukul 10.45 malam apabila lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Melaka itu memandu kenderaan jenis Honda City dan menghimpit sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian mendapati pemandu itu mabuk selepas dia diarah menjalani saringan pernafasan menggunakan alat SD2+, dan dia kemudiannya dibawa ke pejabat Trafik Ibu pejabat polis kontinjen Port Dickson bagi ujian seterusnya.

“Kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Aidi Sham berkata lelaki telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button