PERANG PKR vs DAP BERMULA?

PKR BIDAS DAP – BIBIT PEPERANGAN BERMULA

Semalam Setiausaha Oragnisasi DAP Anthony Loke mengeluarkan kenyataan agar PKR menjelaskan hala tuju siapa akan dinamakan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan jika berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan. Kenyataan Loke yang agak juga mendedahkan formula siapa PM dan TPM tidaklah memeranjatkan namun formula tersebut turut tidak dipersetujui PH.



Baca – DAP DESAK PKR JELASKAN SIAPA BAKAL PM PAKATAN HARAPAN

PKR pula membalas kenyataan Loke menerusi satu kenyataan media Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad selang beberapa minit selepas kenyataan Loke diterbitkan. Nik turut menyelar Tun Mahathir berkaitan tindakan beliau yang meletakkan jawatan menyebabkan kejatuhan Pakatan Harapan.

Baca – PKR BALAS DESAKAN DAP

Saling berbalas kenyataan sekutu Pakatan Harapan, kelihatan persefahaman antara mereka semakin pudar hanya kerana parti masing masing mahu menamakan calon PM yang mereka rasakan sesuai. Ketidaksefahaman dalam PH semakin terserlah dengan propaganda sudah mempunyai sokongan mencukupi membentuk kerajaan namun sehingga hari ini ternyata masih gagal menzahirkan dakwaan tersebut.



Sememangnya sudah berlegar berlaku krisis dalaman yang baru dalam PH namun masih dinafikan mereka. Bagaimanapun tindakan berbalas kenyataan memberi gambaran PH kini ibarata retak menanti belah. Sebelum wujud Pakatan Harapan, terdahulu Pakatan Rakyat turut menggabungkan kelompok pembangkang namun gagal merampas Putrajaya. Selepas pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pakatan Harapan diwujudkan dengan menggunakan populariti Tun Mahathir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button