3 terkorban, kenderaan terjunam ke dalam kolam

3 terkorban, kenderaan terjunam ke dalam kolam

3 terkorban, kenderaan terjunam ke dalam kolam
Tiga maut dalam kemalangan di Sibu. – Gambar BOMBA

SIBU: Tiga maut selepas kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam kolam di Batu 69 Jalan Simpang Pelugau-Tatau petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa maut yang hanya dikenali sebagai Hidayat, 5, warganegara Indonesia, Dominic Serang, 33, dan Robin Kehing, 34.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari.



“Pasukan Bomba mendapati kenderaan itu sudah ditarik menggunakan jengkaut ke daratan atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mangsa pertama iaitu kanak-kanak lelaki terbabit ditemui berada dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Anggota bomba memasuki kolam dan menemui dua mangsa maut di dasar kolam,” katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada PDRM dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.



3 terkorban, kenderaan terjunam ke dalam kolam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading