Gajah lapar ‘rompak’ van pelancong

Gajah lapar ‘rompak’ van pelancong

Gajah lapar 'rompak' van pelancong
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan gajah berlari ke arah van pelancong. FOTO NewsWire

Colombo: Percutian sebuah keluarga warganegara Australia ke Sri Lanka, baru-baru ini, bertukar mimpi ngeri, apabila kenderaan dinaiki mereka diserang gajah.

Dalam kejadian itu, van pelancongan dinaiki keluarga itu melalui Taman Negara Yala di sebelah tenggara negara itu, yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Colombo.

Rakaman video yang tular menunjukkan, seekor gajah muncul dari belakang pokok sebelum memecahkan tingkap van terbabit.



Gajah lapar 'rompak' van pelancong
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan gajah berlari ke arah van pelancong. FOTO NewsWire

Salah seorang pelancong di dalam van itu kelihatan menyerahkan bungkusan keropok mereka kepada gajah itu dan pada masa sama, pemandu van itu ‘terkial-kial’ dalam usahanya untuk memandu kenderaan itu.

Seorang daripada ahli keluarga itu, Kasun Basnayake berkata, keropok dan sandwic yang menyelamatkan nyawa mereka.

“Gajah itu mula menghidu di sekitar kaki kami untuk mendapatkan makanan dan pemandu memberitahu untuk memberikan apa sahaja yang kami ada.

“Jadi, saya memberinya sandwic anak saya yang masih tinggal,” katanya.



Gajah lapar 'rompak' van pelancong
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan gajah itu mencari makanan dalam van. FOTO NewsWire

Katanya, pemandu van mengarahkan mereka untuk melemparkan lagi makanan ke luar tingkap.

“Pemandu van berjaya memecut laju (kenderaan) dan meninggalkan kawasan itu.

“Sandwic dan kerepek itu mungkin menyelamatkan nyawa kami,” katanya kepada BBC.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.



Gajah lapar ‘rompak’ van pelancong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading