Awas! Scammer menyamar jadi pegawai imigresen

Oleh – Syeikh Baran


Awas! Scammer menyamar jadi pegawai imigresen

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan taktik scammer yang menyamar sebagai pegawai dari Jabatan Imigresen (JIM).



Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, modus operandi scammer adalah dengan mengirim pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) serta platform lain seperti WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain.

“Selain itu, mereka juga akan membuat panggilan telefon dengan menggunakan identiti pegawai daripada JIM WPKL untuk menawarkan pengguna perkhidmatan melepaskan orang kena tahan (OKT) yang dipercayai mempunyai hubungan pekerja dengan pengguna.

“Kita mendapati bahawa terdapat penyalahgunaan identiti di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit.

“Untuk makluman, hebahan melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon berkaitan transaksi di dalam perkhidmatan JIM WPKL tidak sama sekali diguna pakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tegasnya, segala urusan adalah hanya melalui panggilan telefon rasmi JIM WPKL di talian 03 6205 7400 atau alamat-alamat emel rasmi JIM WPKL, “…@imi.gov.my” sahaja.

“Penafian ini dikeluarkan sejajar dengan pemeriksaan dalaman terhadap identiti pegawai yang telah disalahgunakan mereka.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan ini.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan mesej melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon yang disyaki palsu dengan cara menghubungi JIM WPKL melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) di pautan berikut https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau emel ke [email protected],” jelasnya.



Tambah beliau, individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading