Tragedi Pulau Perhentian: Dua anjing K9 bantu kesan seorang lagi mangsa runtuhan

Tragedi Pulau Perhentian: Dua anjing K9 bantu kesan seorang lagi mangsa runtuhan

Tragedi Pulau Perhentian: Dua anjing K9 bantu kesan seorang lagi mangsa runtuhan
Pemandangan udara runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian. – Foto NSTP/Ghazali Kori

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan As’ari Omar berkata, dua anjing K9 memulakan pencarian malam tadi bagi membantu mengesan mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

Beliau berkata, operasi yang memasuki hari kedua itu turut dibantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Kita tidak boleh menjangkakan berapa lama masa yang akan diambil oleh unit K9 serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk menemui seorang lagi mangsa.



“Namun, dengan adanya unit K9, insya-Allah, proses pencarian dipercepatkan seterusnya membantu pasukan penyelamat terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) mencari mangsa,” katanya.

Media semalam melaporkan enam selamat manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini.

Mangsa yang dipercayai masih terperangkap dikenali sebagai warga Indonesia, Suparno berusia 40-an.

Tragedi Pulau Perhentian: Dua anjing K9 bantu kesan seorang lagi mangsa runtuhan
Pasukan penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian. – Foto ihsan Bomba

Tragedi Pulau Perhentian: Dua anjing K9 bantu kesan seorang lagi mangsa runtuhan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button