Bunyi tembakan kejutkan penduduk di Puchong Prima

Oleh – Syeikh Baran


Bunyi tembakan kejutkan penduduk di Puchong Prima

 Penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3, Subang Jaya di sini dikejutkan dengan bunyi tembakan hari ini.



Insiden tersebut turut dirakam penduduk sebuah premis berhampiran menerusi sebuah video berdurasi 39 saat.

Dalam video itu memaparkan beberapa lelaki menjerit sebelum kedengaran bunyi dipercayai tembakan yang dilepaskan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu akan dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh polis Selangor selepas ini.

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button