Rahsia rumah jadi stor simpan rokok seludup terbongkar

Muar: Intipan dan risikan selama dua minggu berjaya membongkar rahsia sebuah rumah di Jalan Bakariah di sini yang dijadikan stor simpanan rokok seludup dalam serbuan semalam.

Sejumlah 155,200 batang rokok kretek dan rokok putih dirampas membabitkan nilai keseluruhan RM174,290 termasuk nilai cukai.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan jam 12 tengah hari itu oleh Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri dan Task Force Kontraban Johor itu turut menahan seorang lelaki berumur 56 tahun.



“Menerusi risikan dua minggu pasukan berkenaan berjaya menemui dan merampas 23,430 batang rokok kretek, 131,760 batang rokok putih dipercayai rokok seludup dan sebuah kereta jenis Toyota Corollla

“Polis percaya suspek adalah ahli sindiket yang menjaga stor rokok seludup berkenaan dan bekalan untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit di sekitar daerah Muar,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan sudah aktif selama tiga bulan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.



“Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan kontraban.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading