Waktu terbaik untuk siasat dan dakwa Tun Mahathir – Puad Zarkashi

 

Ini lah waktu dan peluang terbaik untuk menyiasat dan mendakwa Tun Mahathir.

Walaupun kami merujuk kepada kenyataan Dr Puad Zarkashi, tetapi sebenar nya gesaan ini juga ada lah kehendak ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia.



Ini kerana sudah terlalu lama Mahathir bermaharajalela  buat sesuka kehendak nya Ketika beliau berkuasa dan juga Ketika sudah tidak berkuasa.

Dalam entri di laman fesbook nya , Dr Puad menyarankan bahawa Tun Mahathir telah  melakukan kesalahan dan sudah diketahui sekian lama.

“Pernyataan pembelaan oleh Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam amat serious. Syarikat Opcom yang dikaitkan dengan anak Tun M didakwa menerima  kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta pada 2003”

-Dr Puad Zarkashi-



Negara sentiasa dalam keadaan bergolak atas sebab permainan politik Mahathir sekian lama.

Jika tidak dilakukan sendiri, ia akan dilakukan oleh wakil nya.

Dalam hal ini amat jelas Mahathir telah tidak berkata jujur apabila pernah menyatakan anak anak nya tidak mendapat faedah Ketika beliau berkuasa.



Peranan Mahathir sentasa menggangu kerajaan adalah sebab beranggapan kerajaan yang tidak stabil  tentu tidak dapat mendakwa nya kerana sibuk berpolitik.

Namun, kini dua individu yang pernah dianayai Mahathir telah menjadi pemimpin dalam kerajaan ‘tidak disangka” lalu peluang untuk mendakwa Mahathir luas terbentang.

Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi kini menerajui kerajaan tanpa dirancang.



Sebelum ini , kroni kroni Tun Mahathir sudah dbekukan akaun mereka termasuk Tun Daim dimana sehingga waktu ditulis ini Mahathir masih belum buat kenyataan Lagi.

Mungkin Mahathir sedang merancang sesuatu pergunakan ‘scam’ terbaru nya “Proklamasi Melayu” sebagai ‘vehicle’ untuk melindungi nya.

Sebelum ini , laporan kehilagan wang FOREX RM30 bilion sudah pun berjaya ditutup file nya oleh Mahathir sendiri Ketika menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Maka, tidak syak lagi , ini ada lah Waktu dan peluang terbaik menyiasat dan mendakwa Mahathir seperti saranan Dr Puad Zarkashi.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button