MPT PPBM BAGI GAMBARAN STRATEGI SEBENAR MAHU SERTAI MUAFAKAT NASIONAL?

SELEPAS PPBM PEJUANG PULA AKAN SERTAI MUAFAKAT NASIONAL

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia memberi gambaran parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir akan menyertai Muafakat Nasional. Menurut Mohd Redzuan Yusof atau dikenali sebagai Pak Wan, beliau berpendapat parti Tun M mempunyai asas perjuangan politik sama tetapi berbeza haluan dengan PPBM dan tidak akan terkejut jika Pejuang memilih Muafakat Nasional di masa akan datang.

REDZUAN YUSOF menyatakan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili parti PPBM. Seperti sedia maklum Presiden PPBM telah menyatakan parti itu bersedia menyertai Muafakat Nasional dalam membentuk kerajaan. Bagaimanapun hasrat tersebut menerima pelbagai reaksi ahli Umno yang sangsi dengan kenyataan Muhyiddin pada minggu lepas. Pilihanraya Kecil Slim menjadi medan pertama kerjasama antara BN, PAS dan PPBM bagi memenangkan calon BN.



Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi pula menyeru agar PPBM menunjukkan komitmen mereka untuk bersama dalam MN. CABARAN ZAHID terhadap kepimpinan PPBM telah dilontarkan pada hari penamaan calon. Meskipun demikian masih belum ada kata putus dari Umno samada menerima kerjasama PPBM di masa akan datang dalam MN. Bagi ahli Umno pula mereka agak sukar menerima selepas 22 bulan pelbagai dugaan dan herdikan yang diterima daripada PPBM untuk berkerjasama. Malah sudah ada kalangan mereka yang seakan tawar hati membantu jentera pilihanraya jika terpaksa bersama PPBM.

Antara dilemma yang akan dihadapi Umno dan BN ialah samada berani atau tidak mengambil risiko kehilangan jentera serta sokongan yang selama ini kental menyokong Umno.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button