Bomba bantu keluarkan mayat lelaki

Bomba bantu keluarkan mayat lelaki

Bomba bantu keluarkan mayat lelaki
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki ditemui dalam keadaan membengkak dan mereput di sebuah rumah di Jalan Penghulu Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Kajang, malam tadi. – Foto ihsan Bomba

KAJANG: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan mayatnya membengkak dan mereput di sebuah rumah di Jalan Penghulu Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.26 malam tadi.

“Tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan oleh pihak polis untuk membantu mereka mengeluarkan mayat lelaki tempatan berusia 46 tahun itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, lelaki itu dipercayai tinggal seorang diri di sebuah rumah pangsa di tingkat empat.

“Ketika ditemui, keadaan lelaki berkenaan yang berada di atas katil membengkak dan sedang dalam proses pereputan.

“Mayat lelaki terbabit dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Bomba bantu keluarkan mayat lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading