‘ANAK JANTAN DAP’ DIGESA DEDAH NAMA PENERIMA ‘DIRECT NEGO’

Beranikah Guan Eng Dedahkan Nama Penerima ‘Direct Nego’?



Rakyat tersentak, Rakyat terkejut dan rakyat rasa bersalah kerana telah tersalah memilih kerajaan yang diketuai oleh Mahathir dan sekutu rapatnya DAP. Hari ni berbagai pendedahahan yang dibongkar , penyelewengan, skandal dan berbagai lagi.

Pada awalnya rakyat terkesima dengan apa yang diperkatakan oleh Mahathir, Guan Eng serta kuncu kuncunya berkaitan salah laku Kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan telah berhutang RM1 Trillion dan mengandaikan Negara perlu diselamatkan dari kebangkrapan.



Rakyat terus membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu, bagai mereka kata kata Mahathir umpama kata kata seorang ‘wali’. Kata kata Guan Eng umpama seorang mualaf yang baru sedar “babi itu haram”.

Kekalahan PH untuk menerajui kerajaan telah membuka mata banyak pihak. Membuka telinga yang selama ini tuli, seakan membuka mulut yang selama ini terkunci dengan “jampi serapah” Mahathir dan Guan Eng.

Pertukaran kerajaan telah berlaku, Kerajaan PN telah ditubuhkan, diketuai oleh Muhyiddin dengan sokongan Muafakat Nasional. Walaupun pada dasarnya Muafakat Nasional mendominasi kedudukan kerusi.

Dua skandal paling mengembarkan rakyat apabila sudah mengetahui bahawa kedudukan kewangan Negara berada dutahap yang amat baik dengan nilaian aset sebanyak RM2 trillion semasa Pakatan Harapan mengambil alih.

Kerajaan PH melakukan pinjaman beratus billion dengan alasan bahawa Negara sedang menghadapi kris hutang yang amat meruncing. Pinjaman terhadap bon samurai dilakukan pada setiiap minggu semasa Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan yang baru dalam kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan bahawa kewangan Negara berada dalam kedudukan yang amat kukuh sekali gus menolak persepsi yang dibuat oleh Mahathir dan Guan Eng.

Persoalannya kemanakah wang pinjaman tersebut disalurkan? Apakah jenis projek mega yang dibangunkan melalui pinjaman tersebut? Jika ianya tidak berlaku , ini merupakan satu bentuk penyelewengan wang rakyat dan konspirasi menumbangkan sebuah kerajaan.

Jika Mahathir terlibat, rakyat mahukan penghakiman seadilnya dibuat atas penyelewengan tersebut , waima sesiapa sahaja termasuk Guan Eng. Rakyat tidak peduli , rakyat mahukan orang yang bersalah tetap menerima hukuman.

Apabila Menteri Kewangan telah mendedahkan 101 tender secara terus diberikan kepada kroni-kroni PH yang menerajui kerajaan ketika itu. Tender yang tidak dibuat secara terbuka ini mencecah nilai RM6.61 billion.

Rata rata rakyat mendesak kerajaan agar mendedahkan senarai nama penerima rundingan terus yang bernilai besar dan berkemungkinan mempunyai unsur-unsur rasuah. Sekarang rakyat tidak peduli suapa dalam senarai nama tersebut.

Bukan sahaja Lim Guan Eng mendesak agar senarai nama pemerima rundingan terus tersebut di bentangkan, malah rakyat juga mahu ianya dilakukan.

Rakyat mahukan mereka yang terlibat dalam rundingan terus dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin. Rakyat tidak peduli sama ada ianya seorang Menteri, Timbalan Menteri waima Perdana Menteri sekali pun.

Jika mereka ini terlibar seharusnya mereka ini disiasat dan jika sekarang sedang menjawat jawatan dalam kerajaan, mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka. Intergiriti mereka sudah hancur dan tidak dipercayai rakyat.

Melalui pendedahan ini juga telah membuka satu skandal yang mana melibatkan rundingan terus yang bernilai RM1 billion ketika berlaku pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Siapakah yang terlibat?

Justeru itu, laporan polis seharusnya dibuat terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Guan Eng semasa menjadi Menteri Kewangan dan siasatan terhadap penyalahgunaan wang rakyat hendaklah mendapat keadilan yang sebaiknya.

Selama ini, rakyat dihujani dengan lontaran kata kata mengatakan Najib adalah kerajaan kleptoksrai, perompak, penyamun, pencuri. Sekarang satu persatu dudedahkan dengan izin Allah untuk rakyat melihat kebenarannya.

Harapan rakyat hanya satu iaitu mesti ada keadilan serta tidak wujud undang-undang yang berbeza antara VIP dan rakyat biasa waima seorang perdana Menteri jika terlibat. Rakyat tidak mahu seorang Perdana menteri yang korupsi.

Kesalahan yang dilakukan Guan Eng adalah jelas dan nyata, untuk itu hukuman yang sewajarnya mesti dikenakan terhadapnya. Tidak harus ada alasan atau kata maaf untuk diterima daripadanya,

Menurut rakyat ini satu pengkhianatan yang dilakukan terhadap wang rakyat dan rakyat berhak tahu kemana wang mereka dibelanjakan kerajaan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button