Pusat beli-belah terpaksa beri parkir percuma

Oleh – Syeikh Baran


Pusat beli-belah terpaksa beri parkir percuma
Tangkap layar beberapa video yang tular ketika sistem perbankan Maybank tergendala malam semalam.

Sebuah pusat beli-belah di Shah Alam terpaksa memberikan parkir secara percuma selepas pengunjungnya tersekat selama satu jam akibat sistem perbankan Maybank tergendala malam semalam.

Menurut ciapan salah seorang pengunjung dikenali sebagai @tghanaatiana, bukan sahaja kereta malah motosikal juga saling hon sesama sendiri akibat tidak dapat keluar dari kawasan parkir.



“Apalah masalah Maybank ni. Asyik ‘offline’ masa-masa penting. Tengok apa jadi dalam pusat beli-belah ni, motosikal, kereta tersekat tak boleh keluar.

“Berkicap mat tunggu. Akhirnya pihak pengurusan buka palang bagi keluar secara percuma. Kalau gedung gulung tikar sebab bagi kami parkir percuma, semua salah Maybank,” ciapnya.

Selain wanita tersebut, beberapa pengguna lain juga turut berkongsi pengalaman yang sama apabila pihak pengurusan pusat beli-belah terpaksa membuka palang secara percuma untuk mengelakkan kesesakan berterusan.

“Dekat pusat beli-belah Cheras pun sama semalam. Pengunjung tersekat lebih satu jam sebelum pihak pengurusan buka palang, bagi kereta keluar percuma je,” ciap @fifimohdrozali.



Dalam pada itu, ada juga beberapa pengguna lain yang terpaksa menunggu hampir dua jam di dalam kenderaan masing-masing apabila pihak pengurusan tekad tidak mahu membuka palang.

“Kami di pusat beli-belah Setia Alam, tersekat hampir dua jam. Pihak pengurusan pula tak nak buka palang,” komen @NjannahRahman.

Semalam, ‘Maybank’ menjadi nombor satu carian di aplikasi X kerana orang ramai berdepan kesulitan untuk membuat pembayaran akibat sistem perbankan yang tergendala.

Situasi itu menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses aplikasi perbankan dalam talian termasuk pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).



Ramai yang berkongsi pengalaman buruk apabila mereka ‘terbantut’ ketika ingin buat pembelian, pembayaran makanan dan keluar dari parkir pusat beli-belah.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading