Mizz Nina buat kemunculan khas dalam muzik video Essam

 

Oleh Pena Merah

Mizz Nina buat kemunculan khas dalam muzik video Essam
Mizz Nina buat kemunculan istimewa dalam muzik video No Love selepas 10 tidak aktif dalam dunia muzik arus perdana. – Foto IG Mizz Nina

Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang sudah lama menutup buku daripada dunia seni membuat kemunculan khas dalam video muzik lagu baharu suaminya, Essam Muhammad berjudul No Love.

Ia adalah kemunculan pemilik nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, selepas 10 tahun tidak aktif dalam muzik arus perdana.



Biarpun tidak menunjukkan wajahnya, sebaliknya menutupi dengan selendang, tetapi kemunculan Mizz Nina tetap mencuri tumpuan ramai.

“No Love video terbaharu suami saya kini sudah dimuat naik ke platform YouTube. Semoga dapat memberikan sedikit cahaya kepada kegelapan akibat daripada keganasan, penindasan dan kesengsaraan yang ditanggung insan tidak berdosa dosa di seluruh dunia.

“Semoga lagu No Love jadi refleksi dan memberikan harapan. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat jadi sebahagian daripada lagu ini sebagai model,” kongsi Mizz Nina dalam Instagram.

Biarpun tidak menunjukkan wajah dan menutupi dengan selendang, namun kemunculan Mizz Nina tetap mencuri tumpuan ramai. - Foto IG Mizz Nina
Biarpun tidak menunjukkan wajah dan menutupi dengan selendang, namun kemunculan Mizz Nina tetap mencuri tumpuan ramai. – Foto IG Mizz Nina

Berkongsi lanjut mengenai lagu No Love, lagu itu berkisar situasi getir yang dilalui rakyat Palestin.



“Ramai kanak-kanak terkorban, tetapi dunia membisu. Adakah mereka tidak punya hati atau kebal dengan keganasan?

“Adakah mereka hanya memaling muka atau adakah hanya menggunakan suara untuk bercakap?” tulisnya lagi.

Ada pengikut di laman sosialnya memuji lagu ciptaan penyanyi rap dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) itu dengan menyamakan Essam dengan penyanyi rap dari Kanada, Drake, tetapi versi halal.

Mizz Nina dan Essam mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu. Selepas tiga bulan pengumuman itu dibuat, pasangan itu kemudiannya diraikan dalam majlis resepsi untuk keluarga dan rakan dari AS, Kanada, United Kingdom dan Indonesia.



-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading