Tumpu siasatan SPRM, Mukhriz tidak perlu panik isu Najib Razak

Oleh – Bakhtiar Omar


Tumpu siasatan SPRM, Mukhriz tidak perlu panik isu Najib Razak

 



 

Menarik sekali apabila Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir panik dengan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan Najib Razak.

Mukhriz atau “boboi” cuba mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan yang masih belum dinyatakan secara rasmi.

Lebih malang lagi, “boboi” merujuk kepada berita oleh sebuah portal luar negara tanpa merujuk kenyataan rasmi. Bagaimana seorang yang berjawatan Presiden sebuah parti politik kelihatan ‘benak’ bila percaya dengan tulisan portal tersebut?



Hutang Kerajaan Persekutuan daripada pinjaman terkumpul berjumlah RM685 bilion pada akhir Jun 2017. – Laporan 27/10/2017

Lebih menimbulkan persoalan berkenaan fakta dari Mukhriz, apabila beliau mengaitkan ‘hutang negara’ dengan 1MDB. Mungkin beliau perlu diingatkan hutang negara meningkat ketika bapanya, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas PRU14.

“Negara masih dibebankan hutang yang mencecah RM1.5 trillion dengan sebahagiannya ialah dana yang dibawa lari melalui 1MDB yang diwujudkan oleh Najib. – Mukhriz Mahathir – 1/2/2024

Pengerusi PSC, Mustapa Mohamed berkata jumlah itu merangkumi hutang kerajaan persekutuan (RM741 bilion), jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan (RM132.7 bilion) serta hutang bersih 1Malaysia Development Bhd (RM32.2 bilion). – Laporan 17/7/2019



Siapa yang membuat pinjaman menerusi ‘Bon Samurai’ jika bukan Mahathir? Mukhriz tidak pula berani mengkritik bapanya apabila menambah hutang negara semasa menjadi Perdana Menteri.

Mengapa Mukhriz tidak bertanya kemanakah hilangnya wang ‘Tabung Harapan’ yang digembar-gemburkan untuk membayar hutang 1MDB?

Tumpu siasatan SPRM, Mukhriz tidak perlu panik isu Najib Razak

Jika dihitung dalam jumlah sebenar, hutang 1MDB sepatutnya sudah lama dijelaskan, namun setelah bertukar Perdana Menteri dari Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri sehinggalah Anwar Ibrahim, isu tersebut dimainkan hanya untuk menjejaskan imej Najib Razak.



Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia (DPIM) bimbang dengan keadaan ekonomi semasa negara apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terbitan Bon Samurai kedua diteruskan. “Harus diingat, kerajaan Pakatan Harapan telah membuat pinjaman Bon Samurai yang pertama sebanyak 200 bilion Yen pada Mac 2019 dengan faedah pinjaman 0.63 peratus dengan tempoh matang 10 tahun,” – Laporan 11/9/2019

Beliau sewajarnya menumpukan perhatian kepada abang-abangnya yang sedang disiasat SPRM. Malah, ada desas-desus beliau sendiri akan turut disiasat berkaitan pemberian terus projek melibatkan syarikatnya.

Samada benar atau tidak desas-desus tersebut tidak dapat dipastikan sehingga SPRM sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi.

Sebenarnya apa matlamat Mukhriz apabila memberi respon terhadap sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu? Sekadar mahu mengeruhkan suasana atau mahu mengalihkan perhatian cerita mengenai siasatan terhadap keluarganya?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button