Warga emas hilang di sungai sejak Ahad ditemukan lemas
Warga emas hilang di sungai sejak Ahad ditemukan lemas
Anggota bomba mengusung mayat warga emas yang ditemukan di Sungai Kanowit. – Foto ihsan Bomba
KANOWIT: Lelaki warga emas yang dilapor hilang selepas terjatuh ke Sungai Kanowit petang Ahad lalu ditemukan lemas awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 8.50 pagi pada jarak 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).
Mangsa diangkat pasukan bomba sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang Ahad lalu, mangsa, Tinggi Melintang, 92, dikatakan tergelincir dan terjatuh ke sungai ketika dalam perjalanan pulang dari kebun.
Mangsa bagaimanapun hilang dibawa arus deras sungai berkenaan.
Warga emas hilang di sungai sejak Ahad ditemukan lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN
- Azmin Bakal Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
- PAS Tersepit dengan lamaran Anwar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :