“HANGPA SEMUA TAK BETUL, AKU SAJA BETUL” – MAHATHIR

NAJIB JADI BAHAN RATIB MAHATHIR LAGI

 

Dalam satu temubual oleh sebuah portal terkemuka, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memberi gambaran hanya dirinya sahaja yang betul manakala pengganti selepas selepas beliau melakukan pelbagai kesalahan.



Individu yang diserang pula tertumpu kepAda Najib Razak yang Mahathir salahkan sebagai perosak Umno. Tanpa sedar Mahathir juga mengakui beliau ‘BODOH’ apabila mempercayai laporan sebuah portal akan salah laku Najib hanya kerana Najib tidak menjawap dakwaan portal tersebut.

Dalam temubual tersebut 99% komen netizen memperlekehkan Mahathir dan mempersoalkan motif sebenar Mahathir menyalahkan Najib semata. Beliau juga mendakwa zaman Najib ramai yang dimasukkan ke penjara sedangkan Mahathir lupa zamannya beliau menggunakan ISA sebagai perisai ‘membunuh’ karier politik musuhnya.

Secara keseluruhan sessi temubual itu hanyalah karut dan menimbulkan persoalan netizen yang menilai kredibiliti sebenar Mahathir yang dikatakan semakin nyanyuk.

Mahathir kini nampak semakin tersepit untuk membina kembali imej yang semakin hancur bersama parti baru yang ditubuhkannya selepas dipecat dari BERSATU.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button