Kenyataan Wan Fayhsal tak tuju pada Umno, BN, kata pemuda PPBM

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

 

PETALING JAYA: Pemuda PPBM hari ini meminta pihak tertentu tidak tersinggung dengan kenyataan ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) bukti rakyat memilih gabungan itu kerana tidak dibebani isu masa lalu.

Ketua Penerangan Pemuda PPBM Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menjelaskan, kenyataan itu dibuat secara umum dan tidak dituju secara khusus termasuk kepada Umno atau Barisan Nasional (BN).

“Tidak sewajarnya ada pihak yang tersinggung, kerana isu legasi dan kes mahkamah yang memangkin perihal ‘trust deficit’ ini juga turut membebani pemimpin parti pembangkang, dari dahulu hingga sekarang dan imej kerajaan pasca PRU14 seharusnya menepati citra ‘Good Governance’ yang didambakan rakyat.



“Bukan menepati kehendak elit politik semata dan inilah yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PPBM nasional sebegitu citra yang digarap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang bertekad khidmat demi rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kenyataan Wan Ahmad Fayhsal turut dimanipulasi untuk melaga-lagakan kerjasama khususnya parti Melayu antara Umno, PAS dan PPBM dalam kerajaan PN.

Ashraf berkata, pihaknya mengakui cubaan pihak melagakan PPBM dan Umno berlaku kerana kerjasama itu digeruni musuh politik.

“Kami yakin salah faham dengan Umno dapat diselesaikan dan menguatkan lagi kerjasama gabungan. Fomula kerjasama gabungan PN dan BN diterima rakyat dan berpeluang menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya,” katannya.



Wan Fayhsal sebelum ini menyatakan rakyat memilih PN disebabkan gabungan itu tidak dibebani dengan isu masa lalu.

Kenyataan itu dibidas Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang mengingatkan PPBM supaya tidak angkuh.

Katanya, ahli Umno juga ada maruah dan tidak selamanya parti itu boleh mengalah.

Armada boleh berkembang jauh tanpa Syed Saddiq – Wan Ahmad Fayhsal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button