Polis India bakar mayat mangsa rogol tanpa izin keluarga

 

New Delhi: Polis India dituduh membakar mayat remaja perempuan mangsa rogol secara paksa, tanpa kerelaan keluarga mendiang.

Remaja kasta Dalit berusia 19 tahun itu didakwa diperkosa empat lelaki kasta tinggi dan ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah serta lumpuh akibat kecederaan di bahagian leher dan tulang belakang pada 14 September lalu.



Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital tempatan sebelum dibawa ke New Delhi apabila keadaannya bertambah teruk dan meninggal ketika menjalani rawatan pagi semalam.

Kes berkenaan mencetuskan kemarahan ramai di seluruh negara, ditambah tuduhan bahawa polis merampas mayat mangsa dan menjalakan upacara pembakaran tanpa izin keluarganya.

Susulan kejadian, satu pertempuran tercetus malam tadi di luar perkarangan hospital, sebelum sekumpulan besar pegawai polis mengiringi kenderaan membawa mayat itu ke sebuah perkampungan di Uttar Pradesh, utara India.

Menurut keluarga mangsa, mayat anak mereka dirampas pihak berkuasa sebaik tiba di perkampungan di daerah Hathras dan dibakar awal pagi tadi, walaupun dibantah saudara mara serta penduduk kampung.



Polis tidak memberikan sebarang komen, namun upacara pada jam 3 pagi (waktu tempatan) itu dibantah ahli keluarga, yang menuntut mayat mangsa dibawa ke rumah terlebih dulu, bagi membolehkan semua waris memberi penghormatan terakhir.

“Kami merayu mereka membenarkan mayat mangsa dibawa pulang ke rumah, namun tidak diendahkan,” kata abang mangsa, yang dipetik akhbar harian Indian Express.

Polis Hathras kemudian mengarahkan upacara pembakaran diteruskan dan memaksa semua ahli keluarga untuk ikut serta.

Ketua Polis, Vikrant Vir menafikan tuduhan itu dan berkata, upacara pembakaran mayat dilakukan dengan izin keluarga.



“Malah, polis membekalkan kayu api dan membantu keluarga melakukan upacara terbabit, yang dihadiri anggota keluarga. Kami tidak mahu pihak luar mencetuskan kekecohan,” katanya.

Satu tunjuk perasaan diadakan di New Delhi hari ini selain di Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh bagi membantah tindakan polis.

DIROGOL DEPAN ANAK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button