PRU15- MELAYU AKAN MEMBERIKAN DAP KUASA SEKALI LAGI? (siri 1)

 

Bagi kita yang sentiasa beringat, tidak akan berlaku akan  jatuh kedalam lubang yang sama dan ditempat yang sama. Sudah pastinya kita akan sentiasa ingat kedudukan lubang tersebut apa bila ingin melalui jalan yang sama.

Begitu juga halnya dengan politik tanah air dan  sejarah politik Negara dimana sesuatu yang memudaratkan berlaku dan ianya mempunyai kesan jangka panjang dan  sudah pasti ianya menjadi satu ingatan agar kejadian yang sama tidak berulang.



Zaman keagongan Andalusia , Keagongan sejarah  Othmaniah serta keagongan Rom serharusnya kita jadikan iktibar bagaimana sabuah kerajaan yang begitu agong telah tumbang akibat daripada  sikap dan sifat tamak dikalangan rakyatnya dan bersekongkol dengan musuh.

Begitu juga dengan sejarah keagongan Tanah Melayu  zaman kesultanan Melaka  dimana  Tanah Melayu ketika itu merupakan sebuah pusat dagangan yang cukup aman dan makmur sehingga perasaan tamak dan haloba serta pengkhianatan terhadap Melayu dilakukan.

Akhirnya tangan tangan Melayu ini lah yang telah membuka pintu kota Melaka dan membocorkan rahsia kedudukan pertahanan yang melindungi Kota melakan dari serangan pihak musuh. Hasil pengkhianatan orang Melayu ini, Melaka adalah pembuka ruang penjajahan sehingga keseluruh Negara.

DAN JIKA perkara ini berlaku, nasib hak-hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi akan hilang serta merta dan sistem perlembagaan beraja akan dimansuhkan. Lebih menyedihkan, impian untuk menjadikan negara ini, negara liberal akan terlaksana.



Idea ini adalah didorong oleh kejayaan PAP di Singapura yang berjaya men‘tranformasi‘kan sistem pentadbiran negara Singapura daripada Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu kepada Sistem Negara Republik Singapura.

DAP dilihat intim mendapatkan khidmat nasihat Singapura dalam mencorak sistem pentadbiran mengikut acuan PAP. Langkah pertama ke arah sebuah republik ialah mengubahsuai melodi Lagu Negaraku dan Bendera Malaysia.

Jika kita masih ingat, Lagu Negaraku yang baru telah diperdengarkan di Hotel Paramount Sibu semasa di ambang pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011. Lagu Malaysia baru ini telah membuang perkataan Raja.

Beberapa perkataan lain diubahsuai. Begitu juga melodi dan iramanya semuanya sudah. Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.



DAN JIKA perkara ini berlaku, perkara yang utama akan dilakukan oleh mereka ialah perkara yang berkaitan dengan  hak-hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi , Agama Islam serta raja Melayu akan hilang serta merta dan sistem perlembagaan beraja akan dimansuhkan.

Lebih menyedihkan, impian untuk menjadikan negara ini, negara liberal akan terlaksana. DAP sudah berjaya akhirnya untuk menawan Malaysia untuk kali keduanya pada PRU15 akan datang sekaligus tidak mustahil untuk membenamkan terus rakan seangkatannya; PKR, PPBM, PEJUANG serta PAN.

Kita jangan lupa, bahawa  Mahathir, Kit Siang dan Anwar Ibrahim adalah diantara pemimpin yang pakar dalam menggunakan politik Machiavelli dimana kekuasaan, bagaimana kekuasaan ini diraih dan dipertahankan. dan cagarannya adalah Negara. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa semula selepas PRU15.

Dalam era demokrasi pun banyak unsur pemikiran Machiavelli tentang mempertahankan kekuasaan yang layak untuk dipakai, namun tentunya dengan penyesuaian berupa penghalusan cara-cara tindakan.



Misalnya, pemikirannya tentang seorang penguasa harus mengetahui bagaimana menggunakan sifat manusia dan sifat binatang, dan bahwa menggunakan salah satu tanpa yang lainnya tidak akan dapat bertahan

Sesiapa yang membaca buku Niccolo Machiavelli, ahli falsafah berasal daripada Italy itu akan dapat melihat persamaan tindakan Tun Mahathir dalam berpolitik hari ini selari dengan teori matlamat menghalalkan cara yang diilhamkan oleh Machevelli.

Apakah kita tidak nampak lagi segala yang sedang berlaku di Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP sekarang, yang mana telah mengabungkan sifat manusia dan binatang dalam menguruskan  pentadbiran di Pulau Pinang. Mungkin sesetengah orang boleh melupakan kata kata  Kit Siang , Namun ianya tetap menjadi penanda aras perjuangan DAP yang sebenarnya.

Kit Siang  pernah berkata  bahawa Jika UMNO tumbang pada PRU14, orang Melayu tidak akan menderita – sebaliknya, Kerajaan Persekutuan yang baru yang terdiri daripada parti-parti Pakatan Harapan termasuk DAP, PKR dan Amanah ditambah Pribumi Bersatu akan bersaing dengan rekod UMNO 60 tahun untuk menunjukkan bahawa mereka akan dapat berkhidmat untuk Melayu dan semua rakyat Malaysia.



Benarkah itu yang berlaku? Jawapannya  sudah pasti rakyat Malaysia akan tahu sendiri setelah merasai corak pemerintahan DAP, PPBM, PKR selama 24 bulan. Kerakusan yang tidak boleh dihalang langsung , pencabulan  sistem kehakiman, sistem perundangan negara semuanya sudah dibeli dengan kuasa politik.

PRU15 akan menampakkan dirinya, apakah rakyat Malaysia akan lakukan, menyerahkan semula tampuk pemerintahan kepada DAP, Pejuang dan PKR atau berusaha keras menghalang ketiga tiga parti ini mendapat kuasa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button