PRU15- MELAYU AKAN MEMBERIKAN DAP KUASA SEKALI LAGI? (siri 2 Akhir)

Ya, Kit Siang tahu bahawa orang Melayu yang akan menentukan sama ada Pakatan Harapan pimpinan DAP beliau dan Pribumi akan berarak ke Putrajaya pada pilihan raya umum 15 akan datang.

Malah, mantra ini telah diucapkan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1965 dahulu apabila pemimpin Singapura itu berkata, ‘Melayu tidak akan menderita jika PAP mentadbir. Malah, orang Melayu akan makmur di bawah PAP. ”

Sudah pasti kita akan mengintai apakah yang dimaksudkan “Kerajaan Persekutuan yang baru” selepas PRU15 nanti? – Apakah kita tidak nampak lagi agenda yang disembunyikan oleh  DAP dimana dasar dasar liberal dan sosialis yang bakal diwujudkan dalam kerajaan yang baru setelah kita mengharungi 24 bulan dengan penuh siksa..

Jika kita imbas sejarah yang silam, sekarang dimanakah Melayu yang ada di Singapura sekarang , adakah nasib mereka seperti sebelum ini, malah ada diantara orang Melayu yang tinggal di pulau pulau kecil di sekitar Singapura. Terbelakah Melayu sebagaimana dikatakan Lee Kwan Yew.

Begitu juga Melayu yang berada di Pulau Pinang, Terbelakah Melayu yang ada disana seperti sebelum ini. Jadi politik DAP dan PAP adalah politik yang sama iaitu menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk  berkuasa dan menguasai segalanya.

Dalam hal ini mereka tidak memperdulikan sama sekali apa yang  sewajarnya dilakukan untuk rakyat, malah keuntungan dari sumber  menjadi matlamat perjuangan mereka,

Perjuangan ekonomi Melayu/bumiputera tidak boleh berlaku jika ada peralihan kerajaan kepada kerajaan baharu yang tidak pedulikan, tidak memahami mahupun tidak menghayati agenda tersebut, tambahan pula pemimpin yang mempunyai dasar nepotisme.

Pada PRU15 akan datang, apakah Melayu akan memberikan kuasa sekali lagi kepada DAP. PKR, PPBM, PAN, Pejuang serta untuk memuaskan tembolok pemimpin talam dua muka dikalangan orang Melayu? Tidak cukupkah 24 bulan sebagai pengajaran untuk bangsa Melayu.

Jika masih ada yang sanggup berbuat demikian terutama dikalangan politikus Melayu serta balaci- balaci mereka, apakah mereka yakin corak kehidupan bangsa Melayu akan terjamin. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Melihat geopolitik sekarang tidak mustahil ada dikalangan bangsa Melayu yang sanggup membenamkan bangsanya demi kepentingan dan tembolok mereka. Perkara ini dapat kita lihat ketika ini dimana PPBM berkuasa dan kita lihat bagaimana rentak tarinya pemimpin Melayu yang diberikan jawatan dan sedikit kuasa.

Ada diantara mereka mula menunjukkan belang dengan terang lagi bersuluh. Melakukan tindakan yang bukan sejajar dengan parti yang dianggotainya. Mereka mula menunjukkan sokongan dan mula menyalahkan rakan sendiri dalam usaha mereka untuk kekal berjawatan. Mereka ini sudah mula selesa.

Oleh itu rakyat harus sedar bahawa DAP, PKR, PPBM serta parti Mahathir bukan jalan keluar yang terbaik. Selama ini mereka  berkuasa melalui penipuan dan pembohongan, penipuan, manipulasi dan mereka cuba mengwujudkan koloni kemiskinan dan kaya. Adakah pemimpin dikalangan BN UMNO sudah lupa  perkara ini?

Kita dan orang Melayu keseluruhannya tiada pilihan lain selain UMNO dan BN untuk kelangsungan agenda ekonomi bumiputera. Selain itu kita hanya mengejar pelangi yang akan hilang bila mentari mula bersinar.

Menyokong fahaman sosilais, Liberal tidak akan menjanjikan apa apa yang boleh dibanggakan malah darisudut sejarah dan ideologi hanya bayangan kemusnahan sahaja yang dapat dibayangkan akan berlaku kepada bangsa Melayu.

Kapal bakal karam; fitnah kian  bermaharaja lela, anak muda kian dirasuk iblis dalam menilai kebendaan, mengharapkan janji politik yang samar. Percayalah bahawa anak muda akan kecundang dan akan mengadaikan negara ini kepada DAP sekali lagi hanya kerana janji dan  bantuan yang dilontarkan kepada mereka.

DAP hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan siapa dibawah mereka. Jadi, inikah parti pilihan rakyat? Sudah pasti jawapannya bukan, Barisan Nasional dan UMNO adalah pilihan untuk rakyat Malaysia pada PRU15 akan datang.

Untuk mencapai kejayaan tersebut, maka penampilan calun calun dari orang muda seharusnya melebihi 60% dan sudah pasti akan dapat mencorakkan era politik baharu  disamping menghindarkan pemain politik veteran yang kebanyakannya mempunyi sejarah silam yang boleh dipertikaikan.

Pilihan  memilih adalah ditangan anda, Sebagai rakyat Malaysia harus melihat secara lebih dalam lagi, kesan jangka panjang kepada bangsa Melayu. Apakah memilih PKR, DAP, PPBM, Pejuang itu satu tindakan yang tepat setelah sejarah penindasan terhadap Islam, Bangsa Melayu dan Negara dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *