HORMATI ‘PRIVACY’ AZMIN ALI – HILMAN IDHAM

AZMIN PERLU ‘PRIVACY’ MENURUT HILMAN IDHAM

Misteri ‘kehilangan’ Ahli Parlimen Gombak merangkap Menteri Kanan, YB Dato Seri Azmin Ali dijawab oleh Hilman Idham. Dalam ciapan di tweeter Hilman berharap semua pihak menghormati ‘privacy’ dan keluarga Azmin.

Kehilangan Azmin dari ‘radar’ politik disedari apabila netizen mula mempersoalkan kehadiran beliau. Mereka merujuk ke laman rasmi facebook Azmin dan mendapati satu status dinaikmuat pada 4 hari lepas berkaitan ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Kuwait.

Sebuah portal pula menimbulkan persoalan samada benar atau tidak Azmin positif covid19 selepas pulang dari kempen PRN Sabah. Bagaimanapun tiada sebarang jawapan tepat didapati dari pihak Menteri Kanan ataupun wakilnya.

Kemana sebenarnya Azmin Ali hilang? Spekulasi mengenai tahap kesihatan Menteri Kanan mula dipersoalkan netizen kerana ramai mahu tahu samada benar atau tidak beliau positif covid19. Jika benar beliau dijangkiti covid19, maka semua pergerakan semasa kempen, selepas kempen, kontak rapat semasa kempen, mesyuarat dan selepas pulang dari Sabah serta majlis yang beliau hadiri perlu dilaporkan untuk mengesan mereka yang berurusan dengan beliau sekaligus mengambil langkah perlu samada melakukan ujian saringan covid19 atau tidak.

Sepertimana ditegaskan Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai situasi covid19 petang semalam, tiada sebarang pengecualian terhadap mana-mana individu samada ahli politik, menteri atau rakyat biasa jika didapati positif atau menjadi kontak rapat ejen penyebar covid19.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *