Padah menyamar polis, memeras pekerja ladang

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan

Chukai: Dua penganggur yang menyamar sebagai anggota polis dan memeras pekerja ladang di Felcra Sungai Pergam, di sini, ditangkap pagi hari ini selepas gambar mereka tersebar di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek pertama ditangkap ketika bersembunyi di dalam belukar di Pantai Cendur, Kuantan.

Menurutnya, selepas tangkapan pertama itu, polis menahan rakannya di sebuah rumah tidak jauh dari situ.

“Kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu ditangkap di kawasan itu, kira-kira 2 pagi tadi (hari ini) selepas tidak sampai 24 jam gambar mereka tersebar.



“Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan mencuri,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata, polis mendapat perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek selama empat hari untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyamar sebagai penjawat awam dan seksyen 384 KK kerana pemerasan,” katanya.

Kedua-dua suspek sebelum ini menyamar sebagai anggota polis dan bertindak memeras ugut pekerja ladang warga Indonesia.



Kejadian itu berlaku di Felcra Sungai Pergam sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna putih.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button