TEPIS SPEKULASI NAKAL, AZMIN ALI MUNCUL DI FACEBOOK
AZMIN TEPIS SPEKULASI NEGATIF
Menteri Kanan, Dato Seri Azmin Ali semalam memunculkan diri selepas beberapa hari ‘hilang’. Beliau mempamerkan foto dalam laman rasmi facebook miliknya dipercayai dalam bilik bacaan di kediamannya.
Spekulasi kehilangan Azmin bermain di media sosial apabila Hilman Idham menaik status di twitter menyeru orang ramai agar Azmin dan keluarga diberikan ruang ‘privacy’.
Menambah debaran lagi apabila sebuah portal berita mempersoalkan apakah Azmin positif covid19 sehingga menghilangkan diri. Terdapat usikan berniat jahat turut menulis bekas Timbalan Presiden PKR itu dijangkiti penyakit lain.
Ternyata Azmin masih sihat cuma beliau mengambil ruang untuk kuarantin kendiri di kediamannya. Adalah diharapkan tiada lagi spekulasi mengenai tahap kesihatan Menteri Kanan itu berlegar di media selepas kemunculan ini.
MAHATHIR DAN ANWAR BERKONGSI SIFAT SAMA ‘GILA KUASA’