‘Kenapa kau tumbuk anggota bomba?’

Gambar daripada rakaman video yang tular mengenai seorang lelaki menumbuk anggota bomba di Balakong.
Gambar daripada rakaman video yang tular mengenai seorang lelaki menumbuk anggota bomba di Balakong.

 

KAJANG: Niat murni anggota bomba menghalang seorang lelaki daripada menghampiri kereta yang sedang terbakar di Balakong dekat sini, bertukar sebaliknya apabila anggota terbabit ditumbuk lelaki terbabit.

Bukan itu saja, suspek bertindak lebih agresif dengan mengamuk di lokasi menyebabkan beberapa anggota bomba yang berada di lokasi bagi operasi pemadaman kebakaran kereta itu terpaksa bergelut menahannya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.



“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi.

“Anggota membuat pemadaman menggunakan air tangki pam jentera sehingga padam sepenuhnya. Kereta itu musnah terbakar 70 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, ketika operasi itu, seorang lelaki dipercayai pemilik kereta terbabit bertindak agresif terhadap anggota yang cuba menghalang dia mendekati kereta.

“Tiba-tiba dia mengamuk dan memukul anggota. Kita tidak tahu kenapa dia bersikap begitu.



“Kemungkinan kereta terbakar itu adalah kereta dia. Kita juga temui parang di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, kes terbabit dan suspek itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, viral di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan lelaki itu menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)



KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button