NEELOFA SAH BERNIQAB: “DOAKAN SAYA INSAN PENUH KEKHILAFAN INI AGAR SENTIASA ISTIQAMAH”

Beberapa jam setelah memuat naik foto dirinya dengan penampilan baharu yang mendapat pujian ramai, Noor Neelofa menerusi Insta Stories miliknya telah memuat naik satu entri dimana dia menuliskan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baru dilakukan.

Dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik, Neelofa yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan ini mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab.

“Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari,” tulis Neelofa.

Klik untuk gambar besar

Bersama penghijrahan penampilan baharunya itu, dia juga tak henti meminta doa agar keputusan yang diambil mampu mempertahankan istiqamahnya.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. Insya Allah semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” tutup Neelofa.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Berita Harian & Instagram Noor Neelofa

Leave a Reply