Threads Bakal Lancar Versi Web Dan Ciri Sokongan Carian Bagi Memudahkan Pengguna
Threads Bakal Lancar Versi Web Dan Ciri Sokongan Carian Bagi Memudahkan Pengguna

Mark Zuckerberg mengumumkan dia akan menambah sokongan carian dan juga versi web bagi aplikasi Threads dalam beberapa minggu akan datang.
Aplikasi Threads yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lepas merupakan aplikasi dibawah Instagram dan sudah berjaya mengumpul lebih dari 2 juta pengguna sebaik sahaja ia dilancarkan.
Malah, sokongan web Threads kini hanya memaparkan profil dan perkongsian Threads sahaja. Tambahan, ia tiada sokongan interaksi atau kebolehan untuk menerbitkan perkongsian melaluinya lagi.
Dalam pada itu, web Threads hanya sekadar membolehkan pengguna mencari nama pengguna lain sahaja.
Difahamkan, kemaskini dan penambahan ciri-ciri lain akan dilakukan kelak bagi memudahkan pengguna mencari sesuatu topik melaluinya.
Bukan itu sahaja, penambahan ini dapat mengekalkan angka pengguna perkhidmatan sosial yang berkembang pesat, dan mencatatkan 100 juta pengguna dalam hanya 5 hari.
Kredit: amanz
Threads Bakal Lancar Versi Web Dan Ciri Sokongan Carian Bagi Memudahkan Pengguna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahli UMNO tidak akan terpedaya dengan saranan Hamzah Zainuddin
- Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?
- Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :