Mat Pakistan ‘kantoi’ tengah projek…
Pasir Mas: Tindakan seorang lelaki warga Pakistan menyeludup pelbagai jenis pakaian, telekung dan tudung bernilai RM150,480, akhirnya dikesan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintah PGA9, Superitenden Nor Azizan Yusof berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, anggota membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan sebelum terserempak kereta jenis Toyota Avanza berwarna silver dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, anggota polis kemudian mengekori kenderaan itu sehingga ke SJR dan menahan suspek.
“Suspek diarah mengemukakan kad pengenalan diri atau passport sebelum anggota membuat pemeriksaan di dalam kenderaan dan menemui bungkusan berwarna putih di bahagian tempat duduk belakang dan bonet.
“Anggota polis meminta suspek mengemukakan surat perjalanan serta maklumat barangan yang dibawa namun dia gagal mengemukakan sebarang dokumen.
“Hasil siasatan awal juga mendapati bungkusan ini berisi pakaian, telekung dan tudung yang dibawa masuk dari negara sempadan, Thailand, dipercayai melalui pangkalan haram,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Nor Azizan berkata, pihaknya merampas kenderaan dan barangan selain menahan suspek untuk dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah dan dirujuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi siasatan dan tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
“PGA9 terus komited menjaga sempadan negara terutama mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya.
Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?
Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?