KENAL SEJAK BANGKU SEKOLAH – ISMAIL IZZANI ENGGAN SOROK KISAH CINTANYA DENGAN SHALMA ELIANA

Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani tidak menjadi alasan bercinta pada usia muda untuk merahsiakan hubungan cintanya. Bagi pelantun single ‘Ada Cara’ itu, hubungannya bersama penyanyi baharu, Shalma Eliana bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

 

Ismail Izzani atau nama penuhnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, keterbukaan dalam laman sosial bukan perkara yang salah, memandangkan keluarga sudah sedia maklum akan perhubungannya.

“Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

Klik untuk gambar besar

“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

“Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nyawa’ ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan menjadi tulang belakang. Perkenalan pasangan itu bermula sejak berada di tingkatan 2 dan mulai rapat apabila Shalma memilih lagu Ismail, Sabar sebagai lagu ‘cover’ pertamanya yang dimuat naik di laman YouTube.

“Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

“Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, ‘Sabar’. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” dedah anak kepada penyanyi era 1990-an, Datin Suliza Salam.

www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Ismail Izzani & Shalma Eliana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *