MASUK HOSPITAL SELEPAS ALAMI SESAK NAFAS – NETIZEN MINTA CAPRICE CARI ISTERI
Penyanyi rap, Caprice telah dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas, gara-gara tidak minum air secukupnya sehingga menyebabkan badan dehidrasi.
Menurut Caprice, dia berada tidak sedap badan sekitar pukul 4 pagi, Rabu menyebabkan terpaksa hubungi ambulans memandangkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Pagi tadi (Rabu)… tiba-tiba terbangun sesak nafas dan badan rasa kering lain macam. Sebabkan PKPB, saya tidak dapat hubunggi rakan untuk ambil saya pada pukul 4 pagi.
“Jadi, saya hubungi ambulans. Nampaknya doktor beritahu saya mengalami dehidrasi… tak cukup minum air kot atau aircond kuat sangat. Maaf guys, Insya-Allah kita akan kembali bekerja pada esok (Khamis),” kata Caprice.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi dah ahli perniagaan itu turut berkongsi video ketika dia berada dalam ambulans di laman Instagram miliknya. Rata-rata netizen mendoakan agar Caprice cepat sembuh namun ada juga antara mereka yang menawarkan diri untuk menjadi isteri supaya dapat menjaganya selepas ini.
“Saya belum tidur lagi pukul 4 pagi… awak patut kahwin dengan saya saja. Saya jaga baik. – “Cepatlah cari bini (isteri) sekurang-kurangnya boleh tengokkan Caprice kalau sakit macam ini. – “Semoga dipermudahkan segala urusan bro, kahwin cepat nanti boleh bini (isteri) tolong jaga,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun tidak sampai satu hari ditahan wad, Caprice sudah kembali bekerja dan muncul dalam sebuah program yang bersiaran secara langsung pada malam, Rabu.
KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN
KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN