Pekerja stor ditahan tulis ancaman bom pada bungkusan

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja stor ditahan tulis ancaman bom pada bungkusan
Komputer riba disangka bom yang diimbas sebuah mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA, Khamis lalu.

Seorang pekerja stor di sebuah syarikat di Seri Kembangan, Selangor, di tahan susulan penemuan bungkusan tertera tulisan ancaman bom di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan polis pada hari sama selepas berjaya menjejaki alamat penghantaran pada bungkusan berkenaan.



Ketua Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku ada menulis di atas balutan plastik hanya untuk bergurau tetapi tidak sempat memadamnya kerana bungkusan tersebut telah diambil oleh ejen kurier.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, beliau ingin menasihatkan individu, syarikat atau ejen penghantaran supaya peka dan tidak membuat catatan atau percakapan lisan berkaitan bom atau apa-apa berkaitan bahan letupan pada bungkusan kurier.



Azman berkata, pihak polis sentiasa mengambil serius atas keselamatan dan ketenteraman awam dan tindakan tegas akan diambil jika kesalahan berjaya dikesan.

Pada Khamis lalu, pekerja di Pusat Kargo KLIA menemui sebuah objek tertera tulisan ancaman ‘AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM’, selepas mengimbas sebuah bungkusan.

Susulan itu, pihak polis terpaksa mendapatkan khidmat Unit Pemusnah Bom PDRM dan mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) menggunakan ‘Whell Barrow Mk 8 Plus Il’ dan satu butir ‘Cartridges L2 A1’.

Setelah prosedur tembakan dilakukan, didapati bungkusan tersebut mengandungi sebuah komputer riba dan pengecas.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading