Malaysia kutuk serangan di Vienna
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang mengakibatkan orang awam tidak bersalah terkorban dan cedera.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.
“Kami berharap penyerang akan segera dibawa ke muka pengadilan. Sehingga 3 petang hari ini (waktu Malaysia), kesemua rakyat Malaysia di Vienna dilaporkan selamat,” kata kementerian itu.
Kenyataan itu meminta agar rakyat Malaysia di negara itu yang memerlukan bantuan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Vienna di talian 00-43-1-505 1042 atau menghantar e-mel ke mwvienna.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros dilaporkan berkata dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan dalam serangan di beberapa lokasi di pusat bandar raya itu, termasuk berhampiran sebuah “synagogue” .
FGV AKAN JADI HAK MUTLAK SIAPA SELEPAS SELESAI URUSNIAGA PEMBELIAN SAHAM