Rakyat Marhaen Hanya Manusia Kelas Dua Dimata Kerajaan PN

RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN DIPINGGIRKAN KERAJAAN?

Sidang Parlimen

 

Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan penularan Covid 19 disusuli pula dengan kelembaban ekonomi serta peningkatan pengangguran telah menjadikan kadar inflasi meningkat secara mendadak.



Rakyat semakin terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Suasana politik yang tidak stabil dan kekurangan kemasukan pelabur yang dahulunya telah banyak memberikan peluang pekerjaan kini sudah tiada lagi.

Malaysia yang dianggap sedang menghadapi situasi politik yang parah jika tidak dibetulkan semula. Kegagalan kerajaan PH  memerintah serta terlalu banyak berlaku skandal-skandal yang merugikan hak rakyat.

Tindakan mereka ini seperti sudah tidak dapat dikawal lagi, mereka menjarah setiap ruang yang ada, menjarah harta Negara untuk dilelongkan. Rakyat telah banyak bersuara dalam hal ini, rakyat sedang terdesak.

Kemarahan rakyat sudah dilihat secara nyata dilaman laman media social dimana luhan hati mereka , meminta kerajaan mengambil satu pendekatan agar nasib mereka dibela diwaktu ini. Tidak dapat dinafikan lagi dalam keadaan sekarang ada yang sedang berjuang untuk makan.



Kerajaan asyik berpolitik, kerajaan asyik menjanjikan bantuan, bantuan yang sukar dipenuhi dengan kepelbagaian syarat dikenakan, akan tetapi bantuan politik amat mudah diluluskan hanya kerana mereka bukan rakyat marhaen.

Takiyuddin, PAS

Wang KWSP adalah wang rakyat yang dicarum untuk simpanan hari tua, menurut pemerintah. Apakah benar ianya hanya untuk hari tua? Apakah wang tersebut tidak boleh digunakan atau dikeluarkan sewaktu sesukar ini.

Untuk kelangsungan kehidupan atau dalam bahasa yang amat mudah difahami, Rakyat sedang mendepani kesusahan sekarang, ada yang kehilangan kerja, terpaksa dihalau keluar dari rumah sewa, maka gunakanlah apa jua kemudahan yang ada.



Najib Razak

Keluarkan lah (yakni keluarkan wang dari akaun 1) daripada menanti hari tua nanti baru dapat gunakan”.  Dari logik pemikirannya, sempatkah hari tuanya jika diwaktu ini mereka sedang berjuang untuk hidup.

Seharusnya satu tindakan bijak diambil oleh pemerintah, bukan memikirkan hari tua rakyat yang mana sekarang sedang bertarung hidup. Mungkin perkara ini kecil bagi mereka yang mempunyai kecukupan sebagaimana semua ahli politik yang boleh memilih makanan dan tempat tinggal mengikut citarasa.

Bagaimana dengan rakyat? Selamatkan rakyat dahulu, setelah semuanya selesa, barulah kita mengorak satu langkah baru untuk masa tua mereka. Tindakan ini lebih bermakna daripada kerajaan menahan dan tidak membenarkan rakyat berbuat demikian.



Rakyat melihat sikap ahli politik di Malaysia sekarang sudah tidak ubah semacam Presiden Amerika Donald Trump yang mana   mahukan kusa politik , tetapi pada masa yang sama tidak mampu menangani isu berkaitan rakyat.

Mengulas tentang permohonan darurat yang dikemukakan kepada YDP Agong, sebenarnya ianya lebih kepada untuk mengekalkan kuasa yang ada. Seperti Kaduk Naik Junjung, sikap tidak sedarkan diri atau kemaruk kuasa diperlihatkan secara terangan.

Perkataan “darurat” itu sendiri menggerunkan kerana kita pernah alami sebelum ini. Darurat keselamatan 1948 – 1960 akibat tindakan subversif pengganas komunis.Kita pernah ada darurat keselamatan akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ketika itu juga parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berkuasa penuh utk urusan keselamatan.



Tiba-tiba semasa pandemik Covid-19 semakin memuncak seminggu lepas dengan angka kes positif berlegar-legar sekitar 800 maka kerajaan telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk melaksanakan darurat.

Namun keputusan besar ini harus dirujuk kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Kerana kuasa rakyat diserahkan kepada pemerintah yakni, raja-raja Melayu.

Oleh itu pelbagai masalah datang serentak. Pihak pembangkang hanya melihat kepada sudut politik tetapi tidak memikirkan masalah Negara dan rakyat yang berhadapan dgn pandemik Covid-19.

Jika tidak dengan nafsu politik jugalah maka Sabah tidak akan terjerumus dengan bilangan kes Covid-19 yang banyak. Sehingga ia menjangkiti ke seluruh negara.



Jika ahli politik memilih masih mahu berpolitik dan bukan untuk mennagani masa;lah rakyat, jadi rakyat menolak ahli-ahli politik ini dalam peti undi PRU15 nanti.  Tetapi ahli-ahli politik yang menjuarai isu-isu rakyat tetapi memilih untuk menjuarai kuasa dan kerusi kepartian, Hukuman sedang menanti kamu.

Kita lihat sekarang, siapa di antara ahli-ahli politik kita yang bercakap tentang kesusahan rakyat mendepani era Covid-19 ? Kita lihat juga siapa di antara ahli-ahli politik yg mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan takkala rakyat mahukan kestabilan politik?

Jangan jadikan “kerusi” kamu sebagai taruhan untuk kuasa memerintah. Rakyat lebih berhak menentukan “kerusi” kamu di peti undi. Kamu sebagai “Yang Berkerja” yakni YB untuk rakyat sebelum kamu diangkat sebagai “Yang Berhormat”.

Kamu seharusnya nanti turun secara terhormat apabila sampai waktunya, janganlah kamu diturunkan secara tidak terhormat kerana kamu membelakangi rakyat.

Selepas rakyat selesai mendepani kemelut ini, rakyat pilihlah mana-mana pemimpin yg mewakili rakyat dlm PRU15 nanti. Cuma harapan kami sebagai rakyat, ketika rakyat mendepani kesusahan maka ahli-ahli politik haruslah bersatu hati.

Kurangkan politiking. Sama-sama untuk mengharungi waktu-waktu yg sukar sekarang.

Tulisan – Osman Bakar, Johor Bahru

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button