Lelaki swafoto selepas cederakan pekerja serbaneka, tak mengaku salah

Lelaki swafoto selepas cederakan pekerja serbaneka, tak mengaku salah

Lelaki swafoto selepas cederakan pekerja serbaneka, tak mengaku salah
Lelaki yang tular memukul seorang pekerja kedai serbaneka dijamin di Mahkamah Bandar Baru Bangi. – Foto NSTP/Saifullizan Tamad

BANGI: Seorang penyelia tapak pembinaan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencederakan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam di Semenyih, minggu lalu, di mana kejadiannya tular di media sosial.

Bagaimanapun, U S Divagaran, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Mengikut pertuduhan, Divagaran didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 18 tahun di sebuah kedai serbaneka di Ecohill Taipan, Semenyih, jam 5 pagi, 20 Jun lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


“Jika mahkamah benarkan jaminan, syarat tambahan tidak mengganggu mangsa hingga kes selesai.

“Mohon satu tarikh untuk serahan dokumen dan laporan perubatan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela Divagaran, V Vickneswari, memohon jaminan paling rendah atas alasan anak guam perlu menanggung perbelanjaan dan keperluan ibu bapa yang sudah tua.

“Anak guam berstatus bujang sebagai satu-satunya anak lelaki perlu menjaga ibu bapa, selain bergaji tidak tetap antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

“Komitmen bayaran bulanan kereta dan rumah masing-masing RM500. Jaminan tinggi sukar dibiayai keluarga, mohon jaminan serendahnya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah


Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan laporan perubatan.

Media melaporkan dalam kejadian pada jam 5 pagi, mangsa yang berusia 18 tahun didatangi lelaki

berkenaan yang ingin membeli minuman.

Lelaki itu kemudian mengambil tiga payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

Mangsa menegur suspek dan berlaku pertengkaran mulut sebelum lelaki itu kembali ke dalam premis dan menumbuk muka mangsa.

Tertuduh dilaporkan mengambil swafoto bersama mangsa selepas mencederakannya sebelum beredar meninggalkan premis.

Lelaki swafoto selepas cederakan pekerja serbaneka, tak mengaku salah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker