Jangan provokasi polis bertugas di SJR

JEMPOL: Polis kesal dengan tindakan segelintir orang ramai membuat provokasi dan menyindir anggotanya yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pegawai dan anggota polis bertugas atas arahan dan bukan melakukan SJR sewenang-wenangnya.

” Saya dimaklumkan terdapat anggota disindir orang ramai walaupun mungkin ia bermaksud untuk bergurau.



” Hal ini boleh mencetuskan perselisihan faham walaupun mungkin ramai yang anggap sekadar bergurau.

“Anggota dan pegawai ini bertugas 24 jam di SJR dan perlu berhadapan pelbagai ragam dan alasan orang ramai yang mahu melepasi SJR,” katanya.

Tegasnya, orang ramai perlu menyiapkan dokumen yang diperlukan jika mahu melalui SJR.

Ketika ini terdapat tiga SJR di daerah ini iaitu Rompin, Ladang Geddes dan Sungai Lui.



Suami guna Pas ‘Frontliner’ isteri untuk lepas SJR didenda RM1,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button