Krisis Nagorno-Karabakh: Armenia, Azerbaijan setuju gencatan senjata sepenuhnya

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, hari ini mengumumkan Armenia dan Azerbaijan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya berhubung krisis Nagorno-Karabakh.

Putin berkata, beliau bersama Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, telah menandatangani satu kenyataan ‘perisytiharan gencatan senjata sepenuhnya di zon konflik Nagorno-Karabakh’ bermula tengah malam Selasa waktu Moscow.

Sementara itu di Yerevan, Pashinyan turut memaklumkan, beliau sudah menandatangani perjanjian ‘menyakitkan’ dengan Azerbaijan dan Russia bagi menamatkan pertempuran atas kemelut Nagorno-Karabakh.



“Saya telah menandatangani satu kenyataan bersama Presiden Russia dan Azerbaijan bagi menamatkan peperangan Karabakh,” katanya.

Pashinyan berkata demikian dalam satu kenyataan melalui Facebook beliau sambil menyifatkan langkah itu sebagai ‘suatu kesakitan tidak terungkap bagi dirinya secara peribadi dan rakyat’.

Beliau berkata, perjanjian itu berkuat kuasa mulai jam 1 pagi Selasa, sekali gus menamatkan pertempuran berdarah selama kira-kira enam minggu yang menyaksikan ratusan nyawa terkorban.

“Saya membuat keputusan ini berdasarkan hasil analisis mendalam terhadap situasi ketenteraan,” katanya.



Pashinyan menjelaskan, perjanjian itu adalah jalan penyelesaian terbaik kepada situasi ketika ini.

Perkembangan itu menyusul selepas pasukan tentera Azerbaijan meraih kejayaan signifikan dalam siri pertempuran sengit kedua-dua pihak terbabit.

Kelmarin, Aliyev memaklumkan, tentera Azerbaijan berjaya menawan bandar utama, Shusha, di Nagorno-Karabakh. – AFP

Pasukan pengaman Rusia dikerah ke Nagorno-Karabakh




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading