KAMAL ADLI MAHU TERUS KAHWIN, TAK NAK BUANG MASA BERCINTA

Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose pertama kali digandingkan menerusi drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ arahan Michael Ang, tahun lalu. Lima bulan di lokasi drama ini, turut menimbulkan keserasian mesra di antara dua pelakon utamanya tersebut.

Image_1.jpg

Justeru apabila Kamal dan Uqasha digandingkan sekali lagi menerusi drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’, ia terus menjadi fenomena di kalangan peminat mereka.

Ramai yang suka dengan gandingan pasangan sejoli ini. Ditambah lagi, dengan cerita belakang tabir berkenaan keintiman hubungan kedua-duanya, membuatkan peminat mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti sehingga ke jenjang pelamin.



Ditanya berhubung perkara ini, Kamal tidak melatah dengan usikan tersebut. Malah Kamal berterima kasih buat mereka yang mendoakan agar dia bertemu jodoh dengan Uqasha. Ujarnya, dia tidak menolak andia dijodohkan dengan Uqasha.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sebelum ini untuk drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ dan baru-baru ini, pula kami ‘shooting’ selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.



“Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah,” katanya.

Pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan, Kamal berkata dia tidak mahu lagi membuang masa untuk menjalin hubungan cinta. Ujarnya, dia mahu terus berkahwin jika sukakan seorang wanita.

Image_3.jpg

“Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin. Perkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi,” tuturnya.



Dalam pada itu, Kamal turut menafikan gosip yang mengatakan dia dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan selepas pengarah Michael Ang memuat naik video kesahihan berhubung perkara tersebut. Kamal menganggap ia sekadar gurauan.

“Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu shooting kami sempat nak pergi. Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.

“Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Covid-19 yang masih membelenggu kita. Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan,” ujarnya.

BABAK UQASHA BERSALIN PAKAI SELUAR JADI KECOH – INI KATA MICHAEL ANG, KAMAL ADLI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button