Bapa maut, anak cedera ketika dalam perjalanan ke kuil

Bapa maut, anak cedera ketika dalam perjalanan ke kuil

Bapa maut, anak cedera ketika dalam perjalanan ke kuil
KENDERAAN dinaiki mangsa melanggar besi penghadang jalan sebelum tercampak melepasi longkang di Lencongan Timur, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut manakala anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan dalam kemalangan di Lencongan Timur, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, P. Ganeson, 47, disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta jenis Proton Saga dipandunya terbalik dan menghempapnya.

Ketika kejadian, mangsa bersama anak lelakinya yang berumur sembilan tahun dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Taman Keladi.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan anaknya dalam perjalanan ke Kuil Sri Mariaman Devasthanan di Taman Sejati.

“Ketika lampu isyarat di hadapan bangunan Mazra bertukar hijau, mangsa dipercayai memandu laju untuk membelok ke kanan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya. Kereta mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum tercampak melepasi longkang besar lalu terbalik,” katanya.

Kata Zaidy, mayat dihantar untuk proses saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, dan anaknya turut diberikan rawatan di hospital sama sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN

Bapa maut, anak cedera ketika dalam perjalanan ke kuil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar



 

 

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading