DIKECAM GANTUNG VAPE KETIKA ABPHBH 33 – SAM MOHON MAAF, TIADA NIAT PROMOSI

Hebahkan !!!

Semua sedia maklum mmengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 yang bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu telah pun melabuh tirainya semalam dengan menobatkan penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 33.

Image_1.jpg

Namun begitu, tindakan pelakon Shahiezy Sam menggantung vape (pod) atau rokok elektronik di leher di lehernya ketika menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular pada majlis tersebut telah mengundang kecaman netizen yang menyifatkan sebagai tidak profesional.

Sam yang ketika itu mengenakan persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dilihat menggantung alat berkenaan sebagai ‘aksesori’. Lebih mencuri tumpuan, bukan satu, malah terdapat empat unit pelbagai warna yang jelas kelihatan didakwa seolah-olah cuba mempromosikan produk berkenaan secara tidak langsung.

“Saya betul-betul terkejut bagaimana Shaheizy Sam boleh dibenarkan bercakap di atas pentas dengan pod nya itu. Ini sebuah acara besae, kamu memakai baju Melayu, songkok dan tiba-tiba ada pod?

“Anda sepatutnya lebih bijak bagaimana nak promosikan produt dengan cara yang profesional,” tulis pemilik akaun @lowkey_noob yang kemudian menerima lebih 6,000 ulang kicau dan lebih 7,000 tanda suka dalam kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bahkan, di ruangan komen, rata-rata mendakwa hal tersebut tidak patut terjadi berikutan membawa mesej yang tidak baik kepada penonton apabila cuba mempromosikan rokok elektronik di kaca televisyen.

Namun ada yang beranggapan tindakan Sam sebagai sebuah strategi pemasaran memandangkan dirinya mempunyai bisnes menjual pod. Bahkan, tindakannya itu turut menerima kecaman di laman Facebook, Publich Health Malaysia.

“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca televisyen.

“Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di televisyen,” tulisnya dalam satu hantaran yang kemudian dikongsikan lebih 1,900 pengguna lain.

Image_3.jpg

Sam bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah satu perbuatan yang tidak disengajakan: “Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis,” katanya ringkas.

Sam dalam masa sama membuat permohonan maaf atas kesalahannya membawa rokok elektronik ketika bersiaran secara langsung. Menurut Sam, 38, perbuatan tersebut terjadi disebabkan atas kelalaiannya sendiri.

“Hari ini saya sedar ramai yang bising di media sosial tentang apa yang jadi semalam. Jadi, saya minta ampun maaf beribu-ribu ampun atas kecuaian saya dan kelalaian diri saya.

“Tak ada orang lain salah dah, memang diri saya salah,” tuturnya menerusi satu entri video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Image_4.jpg

Menurut suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia juga menafikan dakwaan yang menyifatkan dirinya cuba mempromosikan produk rokok elektronik tersebut.

“Terus terang saya cakap dalam keadaan gementar malam tadi, di belakang pentas yang lengang tak ada orang, saya hanya fokus untuk buat yang terbaik dan sampai terlupa apa yang ada pada diri sehingga bawa ke atas pentas. Tak ada niat nak promosikan, semuanya atas cuai dan lalai saya, saya minta ampun,” jelasnya.

Menurut pelakon filem ‘Polis Evo’ itu lagi, dia mengakui sudah menjadi kelaziman pada dirinya untuk menggantung alat tersebut di lehernya.

“Apa yang tergantung, ini keperluan saya. Saya dah gantung banyak kat leher lebih setahun, ini kegunaan saya. Dua ke tiga jam habis (bateri) ada satu lagi.

“Saya minta maaf sekali lagi, kecuaian dan kelalaian diri saya mengundang yang tak elok pada orang lain. Insya-Allah perkara ini tak berulang lagi,” katanya.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: