WICV dorong transformasi industri automobil

2e2c157db06d7e28aa99d89c0677d4485e6b51d62e831

BEIJING, 13 Nov — Pembangunan kenderaan pintar menjadi hala tuju strategik penting dalam proses mentransformasi dan menaik taraf industri automobil.

Pada Persidangan Kenderaan Jaringan Pintar Dunia (WICV) 2020 yang sedang berlangsung di sini, majoriti peserta ketika ditemui bersependapat syarikat China perlu meningkatkan kerjasama dengan negara lain dalam sektor itu.

Menurut mereka, ia bagi memastikan piawaian China diiktiraf di arena antarabangsa melalui inovasi teknologi dan kemajuan berorientasikan pasaran.



Presiden Lembaga Pengarah Kumpulan Automobil Chang’an China, Zhu Huarong berkata, kenderaan menjadi platform pintar mudah alih dalam kehidupan manusia dan boleh digunakan sebagai pengurus perjalanan, penjaga keselamatan, pengurus kehidupan dan pembantu pekerjaan.

Tambahnya, kenderaan juga akan berperanan sebagai terminal pintar mudah alih, pembawa yang memuat data-data dan ruangan serba guna mudah alih untuk menyediakan suasana berkualiti tinggi dalam pekerjaan dan kehidupan, serta menyediakan pelan penyelesaian yang berkaitan.

Untuk rekod, beberapa tahun kebelakangan ini, banyak tempat di China giat mempromosikan pengembangan industri automobil jaringan pintar.

Sebagai contoh, sebanyak 200 laluan kereta ujian awam sepanjang 700 kilometer telah disediakan di Beijing, selain 87 buah kereta yang dikeluarkan 14 buah syarikat turut ditawarkan plat kenderaan ujian.



Zon percubaan kenderaan tanpa pemandu kawalan berasaskan awan peringkat tinggi pertama di dunia juga dibina di Beijing pada tahun ini.

Juruteknik dakwa bayar RM22,750 untuk iPhone11

Juruteknik dakwa bayar RM22,750 untuk iPhone11



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button