Keputusan SPM akan diumumkan pada 16 Jun

Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun (Khamis) hadapan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi, manakala slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang pada 24 Jun.



Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga 6 petang pada 22 Jun.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading