Lelaki Arab tawar diri untuk kahwini Amber Heard

Doha: Seorang lelaki Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Amber Heard selepas dia kalah dalam kes terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

Nota suara yang disiarkan ke akaun Instagram rasmi Heard, lelaki itu berjanji akan mengisi kehidupan aktres itu dengan kegembiraan dan kebahagiaan, lapor The Peninsula.

“Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.



“Saya perasan ada orang benci dan buli awak, justeru saya menawarkan diri untuk berkahwin dengan awak. Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam nota suara Arab.

Nota suara 41 saat yang disiarkan beberapa akaun Instagram menjadi tular dengan salah satunya mempunyai lebih 133,581 tontonan pada 5 Jun 2022.

Juri di sebuah mahkamah di Virginia, Amerika Syarikat, pada 1 Jun lalu, memutuskan bahawa Heard memfitnah Depp dalam perbicaraan enam minggu yang ditonton secara meluas, yang memaparkan bukti dan keterangan yang jelas dan grafik yang memperincikan hubungan buruk bekas pasangan Hollywood itu.

Hakim memerintahkan Heard membayar AS$15 juta (kira-kira RM65.9 juta) sebagai ganti rugi dan pada masa sama, dia juga diberikan AS$2 juta (kira-kira RM8.7 juta) sebagai ganti rugi.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button