SELAMAT BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN – BAYI OKI SETIANA DEWI DI NICU

Hebahkan !!!

Pagi semalam, selebriti Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi telah pun selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan. Pun begitu, Oki dan keluarganya belum berkesempatan untuk berjumpa dengan putranya yang diberi nama Sulaiman Ali Abdullah kerana mengalami sedikit masalah pernafasan dan dirawat di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).

Image_1.jpg

“Alhamdulillah telah lahir putra ke-4 kami, Sulaiman Ali Abdullah pagi tadi (semalam), Isnin, 16 November 2020 pukul 5.46am. Berbanding kakak-kakaknya yang cenderung besar, Sulaiman tergolong agak kecil iaitu lahir dengan berat 2.9 kilogram (kg).

“Alhamdulillah proses persalinan berjalan sangat baik, saya sangat sihat, semua berjalan lancar. Qadarullah, Sulaiman memiliki masalah masalah adaptasi pernapasan atau secara perubatan disebut dengan Transient Tachypneu of the Newborn (TTN).

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sampai saat ini saya belum bertemu Sulaiman, kerana Sulaiman dirawat di NICU dengan menggunakan alat bantuan pernafasan,” kata Oki yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Oki berkongsi video dan foto ketika berada di dalam wad bersama anak dan suami selepas selesai proses bersalin. Oki meminta agar semua mendoakan agar anaknya segera sembuh.

“Sahabat, doakan saya dan baby Sulaiman cepat sehat ya,” pintanya yang mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan kini sudah mempunyai empat orang cahaya mata.

Leave a Reply

%d bloggers like this: