ANAK IKUT GAYA HIDUP ‘URBAN’ – INI KATA AZHAR SULAIMAN
“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi. Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.
“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam. Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan.
“Insya-Allah mereka pasti sedar,” tutur pelakon Azhar Sulaiman yang mengakui telah membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Klik untuk gambar besar
Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.
Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden. Terbaharu, Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.
Mengulas mengenai pelbagai kecaman yang telah diterima anaknya itu sebelum ini, Azhar yang membintangi filem ‘Bikin Filem’ itu akui anaknya belum matang.
“Saya rasa dia masih muda dan kadang-kadang belum matang untuk mengawal situasi yang dihadapinya. Sepatutnya dia tidak perlu menjawab atau balas kembali teguran dari netizen itu,” katanya lagi.
Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.
Untuk makluman, Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan sepasang kembar Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.
SELAMAT BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN – BAYI OKI SETIANA DEWI DI NICU