Guna dokumen palsu dapatkan projek RM1.1j, dua pemilik syarikat ditahan SPRM
Guna dokumen palsu dapatkan projek RM1.1j, dua pemilik syarikat ditahan SPRM

TAWAU: Dua pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, Sabah, hari ini.
Difahamkan, mereka disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Katanya, mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Guna dokumen palsu dapatkan projek RM1.1j, dua pemilik syarikat ditahan SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahli UMNO tidak akan terpedaya dengan saranan Hamzah Zainuddin
- Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?
- Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :